Isnin, 14 April 2014

Kambing golek full pakej dan self service



Apakah yang dimaksudkan Pakej Full Service ?

Pakej ini ditawarkan kepada pelanggan saya meliputi khidmat penuh dari penyedian kambing golek,brown sos,black pepper sos.Dish untuk 60 orang makan...coloslow,mushroom soup,bread garlic,wedge.mangkuk polistrin 100pcs,pinggan polistrin 100 pcs.Kami akan memanggang kambing dan memotong menjadi hirisan kecil di tempat anda...harga penuh rm1400 untuk kambing golek akiqah dan rm1100 untuk kambing golek frozen.

Pakej Self Service

Bagi pakej ini kami hanya akan menyediakan kambing, memerap semalam atau sekurang kurangnya 6 jam, menbungkus sebelum menghantar kepada anda bersama sos,dish... Anda perlu memanggang dan menghiris sendiri sebelum menghidangkannya kepada tetamu anda. Kami tidak mensyorkan pakej ini kepada pelanggan yang tidak biasa memanggang kambing kerana memanggang kambing memerlukan masa 4-6 jam, kami tidak mempraktiskan amalan merebus atau mengukus kambing sebelum memanggang untuk pakej ini atau mana-mana pakej yang lain. Oleh itu kemahiran serta bahan api yang agak banyak dan proses yang jauh lebih rumit perlu untuk mendapat kambing panggang yang sempurna dan sedap berbanding memanggang ayam atau membakar ikan. Bagaimanpun pakej ini adalah yang termurah serta menjimatkan dari pihak kami.harga untuk kambing golek akiqah pakej ini rm1100 manakala untuk kambing golek frozen rm900.


Pembelian kambing akiqah,golek secara online

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.....Nasmenz Agrofarm meyediakan pakej jualan kambing akiqah dan golek secara online....Tempah mana-mana pakej kambing panggang kami samada pakej VALUE FOR MONEY atau FULL SERVICE secara ONLINE dan nikmati diskaun 50% kos penghantaran sepanjang tahun 2014 ini.
   Pelanggan boleh memilih untuk membeli produk kami dengan datang sendiri ke kandang yang beralamat lot 616A jalan Pulai Kanchong Darat 42700 Banting Selangor atau menerusi online..Jika menerusi Online kami akan watups gambar kambing dan bebiri tersebut untuk pelanggan pilih...Kepercayaan kepada kami amat diperlukan.
   Bayaran penuh atau deposit boleh di buat ke akaun cimb bank, atas nama Nasmenz Agrofarm...86-0035150-6. dan nikmati kos potongan 50% bagi setiap cas penghantaran keseluruh selangor,kuala lumpur,Negeri Sembilan Dan Putrajaya.

   Jika suatu tempahan dibatalkan di saat-saat akhir.pihak kami akan memulangkan 50% bayaran yang telah dibuat dalam masa 10 hari bekerja.Pelanggan adalah keutamaan kami.





Kambing panggang bbq berbau,liat,kurang masak dan rentung

Daging Kambing Panggang Berbau, Liat, Kurang Masak atau Terlampau Masak


Assalamualaikum dan salam sejahtera...Penerangan yang saya berikan ini adalah hasil analisis,pemantauan dan pengalaman sendiri.
Daging Kambing Panggang Berbau

   kambing panggang akan berbau jika kambing hidup tidak disembelih, dilapah dengan betul serta tidak dipanggang sekurang kurangnya tiga-suku masak atau disimpan terlalu lama sebelum dimakan. Bagi kambing frozen ia akan berlaku juga jika langkah-langkah tersebut tidak dilakukan dengan betul. Perhatian perlu diberikan pada bahagian leher kambing dan peha belakang.


Daging Kambing Panggang Liat

Ianya berlaku disebabkanproses penyediaan yang tidak betul dan salah dalam menghasilkan/membuat cebisan daging sebelum dimakan. Daging kambing panggang hendaklah dihiris/slice selapis demi selapis hingga ke tulang dan bukannya dipotong/cut. Pisau yang betul perlu digunakan bagi menghiris lapisan daging dan bukannya pisau memotong. Daging kambing panggang juga akan liat dan rentung jika dipanggang atau digrill dengan api yang terlalu marak. kambing yang terlalu tua juga tidak sesuai untuk dipanggang dan dimasak.Kambing yang sesuai dipanggang ialah dari jenis kambing boer yang berumur 10bulan hingga 1tahun setengah.Manakala semua jenis bebiri yang berumur 8bulan hingga 2tahun sesuai dipanggang.


Daging Kambing Kurang Masak atau Terlampau Masak.

Daging akan kurang masak jika tiada bara yang cukup atau api terlalu kecil dan  digrill terlalu jauh dari bara/api. Ini biasa juga terjadi jika ia tidak digolek dengan betul semasa dipanggang.Perhatian perlu diberikan kepada bahagian kambing yang tebal isinya seperti di leher dan pehanya. Daging kambing akan menjadi liat,rentung dibahagian  tulang rangka jika api yang digunakan terlalu besar dan marak,terlalu dekat dengan bara dan dipanggang/digrill terlalu lama.


Pihak kami akan memastikan perkara diatas tidak berlaku semasa proses memanggang bagi menjaga kualiti dan nama baik syarikat. Bagaimanapun kami tidak dapat mengawal dan memastikan perkara tersebut berlaku jika pelanggan kami memilih untuk memanggang sendiri. Penting untuk anda memanggang, mengrill, menghiris serta menyimpan daging kambing panggang dengan cara yang betul serta tidak terlalu lama sebelum memakannya.



masak dengan sempurna
kambing panggang masak dengan sempurna

kambing panggang berempah bbq

Nikmati keenakan kambing slice yang menyiurkan hasil keluaran produk Nasmenz Agrofarm....Kelangsungan dari sambutan masyarakat dan sektor swasta serta badan-badan berkanun, kini kami menawarkan pakej kambing panggang dalam bentuk hirisan seberat 200gm yang dibungkus bersih dalam plat kedap udara dan dibekukan. Kami menawarkan harga istimewa kepada pasaran untuk RM17..

Anda hanya perlu menunggu selama 15 minit untuk daging kambing itu nyah-fross untuk anda terus memanggang semada secara tradisional menggunakan arang kayu, oven ataupun pemanggang elektrik terkini yang terdapat di pasaran.

Sila hubungi pihak kami untuk pesanan.

Kami juga membuka peluang kepada yang berminat menjadi pengedar kambing panggang kami di kawasan kejiranan anda. Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai kemudahan sejuk beku atau freezer.

Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.0143334977/0186679903....
daging kambing slice

packing

bahan2  marinate

daging slice siap bakar

Rabu, 9 April 2014

kambing golek akiqah

kami juga menyediakan kambing bebiri akiqah untuk bbq,bakar dan golek...berat kambing hidup 30kg - 40kg..beserta pakej untuk 60 orang makan ( coloslow,bread garlic,mushroom soup ). kambing ini dihidangkan dengan sos perang dan black pepper.harga terbaik kami ialah rm1300.hubungi talian 0143334977/0186679903..utk tempahan dan pertanyaan.
kambing yang telah diperap

proses melapah kambing

kambing golek

majlis di rumah datin

antara dapur yang kami gunakan

envent

proses pemerapan

kambing gantung

kambing akiqah murah rm600

kami menjual kambing hidup untuk akiqah semurah rm600 hingga rm700.kambing kampung dan kambing feral import dengan berat hidup 23kg hingga 30 kg.Ladang kami terletak di banting selangor.kami memasarkan kambing keseluruh semenanjung malaysia.untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di 014-3334977/018-6679903
feral

bebiri damara

kambing import

bebiri dopper

nasmenz Agrofarm

Selamat datang ke laman web rasmi nasmenz agrofarm.
Tuan pengarah urusan nasmenz agrofarm..Tuan Sharul Nizam Bin Jamaluddin
..
Nasmenz Agrofarm ditubuhkan pada 1 Oktober 2011 dengan modal permulaan rm2000. Status ladang milikan sendiri berkeluasan setengah ekar.alamat ladang di lot 616a Jalan Pulai Kanchong Darat,42700 banting Selangor.Nasmenz Agrofarm mendapat kelulusan syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 25 November 2012.no pendaftaran SA0279325-M.

KERJASAMA

rakan niaga

Pada Januari 2014 Nasmenz Agrofarm telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat dan ladang ternakan kambing di serata Malaysia demi peningkatkan lagi pasaran pengeluaran dan produktiviti,selain mengeratkan rantaian bagi menampung permintaan bekalan yang semakin meningkat...maka wujudlah koloni seperti kambing station dan group transformasi ruminan...
kandang kami bersama tuan penasihat

tempat khas untuk penyembelihan



logo rasmi kami